Saturday, January 17, 2009

BOIKOT buatan ISRAEL


senarai produk yang menyokong Israel perlu kita boikot!!untuk melihat penglibatan dan kaitan mereka dengan Israel, klik pada senarai berikut:

Diari Muslimah


Saat pergantian tahun begitu sangat dinantikan oleh setiap orang. Tak kurang di antara mereka yang menyambutnya dengan berpesta ria, di detik-detik terakhir pergantian tahun dan lain-lain. Seakan saat tahun baru merupakan detik istimewa yang tak boleh dilewatkan atau ditinggalkan. Bagaimana pandangan menurut kaca mata islam dalam hal ini ? Benarkah tahun baru harus kita sambut dengan istimewa? Istimewakah makna tahun baru bagi umat manusia?
Menyedari hakikat tahun baru hijrah dan masihi, umat Islam sebagai umat terbaik dan sepatutnya menjadi suri tauladan yang baik kepada orang lain haruslah mempunyai cara dan sikap yang menjunjung tinggi ajaran wahyu dalam menyambut datangnya tahun baru, agar dapat membezakan dengan cara dan adat orang lain.Sebagai umat Islam, umat Nabi Muhammad SAW, sepatutnya kita menyambut pergantian tahun yang ditentukan oleh Allah sebagai tahun yang dipakai dalam penentuan waktu dalam menjalankan syariat Islam.
"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya hari ini adalah kejadian yang baru, maka bukakanlah kepadaku pintu ketaatan kepadaMu, sudahkanlah ia dengan keampunan dan keredhaan daripadaMu, kurniakanlah aku padanya kebaikan yang Engkau makbulkan dan gandakanlah ia untukku. seandainya daku melakukan kejahatan padanya maka ampunkanlah daku. sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, juga Maha Penyayang dan Maha Mulia."
(doa Nabi Ibrahim a.s)
"Ya Allah Ya Tuhanku, aku pohon kepadaMu segala kebaikan yang ada pada hari ini iaitu: kejayaannya, kemenangannya, seri cahayanya, keberkatannya dan hidayahnya. aku berlindung padaMu dari segala bala bencana yang ada pada hari ini, dan bala bencana yang ada pada hari sebelumnya, juga bala bencana yang ada pada hari selepasnya."
(doa Rasulullah s.a.w)